Beza Suka Dan Cinta
1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapanorang yang kita suka, hati kita akan gembira.
2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku macam kena 'freeze' bila main 'police and thief' ( selalu main benda nie masa waktu rehat zaman2 SRK dulu). Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum :)).
4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu, kena control ayu. Di depan orang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar, kentut pun tak kisah (aku kisah jugak lah wei, kalau ye pun suka aku jangan kentut depan aku tau. terlepas takpe hahaha)
5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata, nak sebut nama sendiri
pun tak boleh kot, kaku kan. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata
apa saja, sampai tercirit perkataan carut pun boleh.
pun tak boleh kot, kaku kan. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata
apa saja, sampai tercirit perkataan carut pun boleh.
6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang
kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira sebab bila dia nangis buruk (Tapi kalau aku cinta orang tu menangis, aku nangis sama kat dia dan cuba untuk gembirakan dia jugak.)
8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
ni lagi nak tambah sikit,
Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu, dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah suka duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar, dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu giler kat dia bila tak berjumpa seminggu.
Minat
Apa sesuatu ada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Katakan, kita suka orang yang tinggi, tegap, dan botak. Sebagai contoh, kita minat pada seseorang tu kerana kebolehan yang ada pada dirinya, tiada pada kita.
Tiba2 post macam ni, patut post lah pasal pengalaman kat Beijing, akan datang ye. Pagi tadi ada orang tanya, saya suka dia ke? bunyi macam gurauan, jawab pun gurauan ler. Saya asyik nasihat kawan lelaki jangan lah baik sangat kat perempuan maybe saya pun patut amalkan kot. Tapi memang betul, tak semestinya orang baik kat kita, orang tu suka kita. Walaupun sememangnya, kita baik dengan orang yang kita suka with attention.
Kesimpulannya, Hal ehwal perasaan ni tersangatlah kompleks. Serahkan saja pada Allah, pemilik segala perasaan. Perasaan suka boleh bertukar kepada cinta. Tapi yang pasti, cinta saya selepas Allah, Rasul dan ibubapa belum lagi ada pemiliknya.
P/S: indirectly, i know the answer to all my Q already, He don't like me and don't love me. Kalau saya susah, dia tak care pun. Saya suka orang yang caring, awak jangan ego sangat. Awak, kalau awak suke saya, awak mengaku lah. Sebab kalau awak tak mengaku, sampai bila2 pun saya tak tahu. Perempuan kan, mana nak buat the first move.. huhuu,, awak dengar ke tidak ni Awal Ashaari?? XD
*sources from other sites
2 comments:
ahahahah.sengal!
ahahaha,, harap2 awal ashaari baca blog ni.. XD
Post a Comment