Post ini ditujukan khas buat falsafah ilmu.
How i wish you are much more easier to understand. Bila dengar je perkataan hakikat, kebenaran, induktif, normatif, Oh! Aku jadi pening! Dah lah setiap kali kelas Cik Norliza aku tidur kaw2 depan dia, berdengkur ja tidak. Cuma kelas Dr. Norhisyam ja aku bangun sebab kelas dia memang menarik perhatian sebab berteraskan PBL gitu. Kelas Cik Norliza ni memang straight dari slide. Waduh, Boring! Ditambah lagi tidak cukup tidur masa zaman-zaman bekerja dulu, Memang melekat lah mata aku tanpa rasa bersalah.
Tadi kelas 4 jam, disebabkan wujud teori win-win situation makanya kelas 2 jam sahaja. Halal ja 2 jam berikutnya tu. Pertama kali aku sedar tapi hampehnya bab tu tak masuk periksa (ketara ni belajar untuk peperiksaan shj -.- )
Baju ja tadi as in 5 minit yang lalu, saya bersama pammie memerah isi otak kami memahami, mengolah jurnal indon untuk subjek falsafah ilmu. Tajuk besar jurnal 'Ilmu Dakwah dalam filsafat Ilmu'. Jurnal yang meliputi definisi ilmu dakwah, asal-usul, metode-metode dakwah dan sebagainya. Memang haru lah. Taip senang lah cuba present nanti, saya harap saya dapat kelentong dengan jayanya dan kamu! ya kamu! Buat-buat faham ja lah ok. Tapi saya rasa classmate saya cukup bijak untuk memahami. hehe
Saya ingin menambah sedikit info ilmiah berkenaan tentang dakwah dalam post ini;
- Perkataan dakwah berasal dari bahasa arab yang bermaksud menyeru, memanggil, mengajak dan melayani.
- Dakwah tidak sama dengan tabligh, ceramah dan khutbah.
- Dakwah merangkumi menyebarkan mesej agama melalui lisan, tulisan dan teladan atau aksi sosial.
- Dakwah bersumberkan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Ketiga, objek dakwah meliputi individu, keluarga dan masyarakat.
- Ilmu dakwah telah terbukti dari sudut aksiologinya namun masih samar dalam sudut ontologi dan epistemologi.
- Ilmu dakwah islam bertitik tolak dari mendekatkan deduktif-normatif yang bersumberkan wahyu. Ini bermaksud ia bertolak daripada postulat dan aksiom yang ditentukan secara apripori, bukan aposteriori
PS I hate you: kerana dek kelalaian saya, heels untuk vet night sabtu ni tertinggal dalam stor. Rasa-rasanya Kak Ma boleh bukakan lagi ke tidak tu ah.. huhuu.. bagi alasan tertinggal surat beranak lah. :P
PS I love you: disebabkan desperate mahu tahu keadaan dia sana, aku godek-godek blog yang dekat dengan dia di sana. Sudah lah mostly perempuan gedik mau mampos! coz yang lelaki jarang update blog.. Uwah.. Bodohnya aku buat begini! >.<
Yours Truly,
♥SSC♥
No comments:
Post a Comment