Seperti yang dijanjikan Allah dalam surah Al-Insyirah, setiap kesedihan, kesusahan dan kepayahan yang kita tempuhi pasti akan Allah khatamkan dengan kegembiraan, kesenangan dan jalan keluar yang terbaik untuk segala susah payah yang telah kita lewati. Pokok pangkalnya, segalanya berbalik pada diri kita semula, bagaimana kita bersabar dengan dugaan yang datang mengintai dan apakah usaha dan tawakkal kita untuk cuba mengatasinya. Bantuan daripada Allah tidak datang secara pecuma. Jual-beli kita dengan Allah cukup mudah sifirnya. Seandainya kita memenuhi pra-syarat yang ditawarkan oleh Allah atau dalam erti kata mudahya menerima ujian dan kesusahan yang datang itu dengan penuh redha dan berusaha untuk mengatasinya, Insya Allah wajah-wajah kita adalah antara yang dipandang oleh Allah dan Dia tidak akan mengenepikan kita.
Dalam surah Adh-Dhuha pula, Allah secara jelas telah memberitahu kita bahawa setiap yang di akhir itu lebih baik dari yang di awalnya. Mungkin kadang-kala kita mengeluh kerana kesenangan, kegembiraan dan kejayaan masih tidak kita perolehi sedangkan kita telah berusaha sebaiknya. Namun ingatlah kita bahawa hamba yang diuji oleh-Nya itu adalah insan terpilih. Kenapa begitu? Kerana Allah sengaja melambat-lambatkan janji kebahagiaan buat kita kerana Allah hendak terus mendengar suara, rintihan dan pujuk tangis kita memita-minta kepadaNya sebagai kekasih yang satu.
Sesunguhnya saya telah merasai nikmat kemanisan janji Allah yang telah sedikit demi sedikat Dia kurnikn buat saya. Jika 3 tahun yang lalu, rakan-rakan yang rapat engan saya seperti Faaiqah, Kak Ani dan Abang Wan tahu bagaimana susahnya saya berhadapan dengan satu ujian hati yang Allah datangkan pada saya, sekarang, jika terkenangkan kembali apa yang terjadi dahulu, saya mampu tersenyum dan mungkin boeh tergelak dengan ketidakmatangan diri. Semakin meniti hari, semakin saya sedar bahawa Allah datang ujian itu dahlu sebagai persediaan untuk hari ini dan mendatang. Setiap hari yang saya lalui kini saya rasakan lebih sempurna dan bermutu berbanding dahulu.
Kesimpulan corat-coret di atas hanyalah saya ingin katakan pada semua bahawa saya semakin mendekati apa yang saya harap-harapkan. Bermula dengan kesusahan dan kesedihan, kini saya semakain yakin janji kebahagiaan yang tertulis di Luh Mahfuz buat saya semakin jelas dan terang jalannya.
Terima kasih semua kerana sentiasa ada bersama saya sepanjang saya berusaha mencari yang terbaik. Dan terima kasih juga kerana kisah hidup dan kewujudan kamu semua sentiasa memberikan inspirasi baru untuk saya terus tersenyum di dunia ini.
Oh, semua! Saya kini sedang gembira! Dan tidak mustahil ada seorang di antara kamu semua yang tahu kenapa saya gembira... :)
* reblog dari DUNIA LAMA SARAH
I dream high, i dream
When times are hard, i close my eyes
The moment when my dreams come true
No comments:
Post a Comment