Wednesday, December 28, 2011

My so-called study week T_T

Assalamualaikum wbt,

Lagi kurang 4 jam akan berangkat ke Kota Bahru. I loath this feeling. Tapi apakan daya, esok petang giliran aku  ambil Oral Test Vet Med. Semoga dipermudahkan. Ya Allah, Engkau luruskanlah lidah agar Dr. sandie faham apa yang ingin aku sampaikan. And, bagi aku ilham juga untuk menjawab soalan-soalan itu Ya Rabb. Amin.

Jujur, study week ni nothing but a holiday for me. Adalah belek-belek buku. Buku Vet Med sahaja ye. Subjek lain aku tak bawa langsung! Mati lah-------

Kat KL, jadi bibik abang, layan maadu.com tengok before & after lepas tu tukar pasta. Merongeng di 1UTAMA buat movie marathon Ombak Rindu (aku tahu memang ketinggalan tapi who cares? Janji dah tengok. And feedback aku 'tengok kat Astro ria pun tak apa') and 'we bought a zoo'. Suprisingly, tak rugi tengok cerita ni. At first memang aku bantah lah, aku nak tengok 'Jack & Jill' tapi dah abang aku yang keluar duit, dia lah boss. Memang inspiring lah. 

- All you need is 20 seconds of courage
- Matt Damon : Why on earth amazing girl like you would talk to a guy like me?
   His wife : Why not?
Dua quotes ni lah so-called inspiring for me. (:

Lepas tu kitorang ambil Mum di KLiA dan terus bertolak ke Melaka. Dari KLiA-Melaka tu, aku yang drive tahu tak? First time aku driving kat highway semenanjung ni dan pertama kalinya juga aku memandu kereta Auto dalam jarak yang agak jauh. Dan  pertama kali juga aku pandu kereta besar selain wira. Ngehehe.. selama ni drive wira 2334 aku tu atau kancil sewa atau kereta viva Farah. Rasanya balik nanti, maybe daddy will allow me to drive our ranger. Perhaps. Teeheee~

Alhamdulillah kakak aku sihat walafiat. Pantangnya sama macam ibu mengandung 9 bulan. She looks normal tapi di hati siapa tahu kan? But I know she's a strong women. Dia bleeding kat ikea KL, pastu drive sorang-sorang dari KL ke Melaka before suruh BIL hantar dia pergi hospital. Memang tabah lah. I salute you big sis!

Sepanjang kat Melaka ni asyik makan tak henti-henti. Jalan sini sana. Tiap-tiap hari keluar rumah macam aku takde final exam minggu depan kan? Sekarang bila nak balik UMK baru nervous sebab banyak tak study lagi. T_T

Lagi 4 hari akan berakhirnya 2011, bermakna aku ada 4 hari lagi untuk kick-ma-ass-off-study-gila-gila untuk final exam. Takde plan untuk celebrate new year etc, yang ada hanyalah plan macamana nak habiskan chapters dalam subjek periksa. 

Ya Allah, aku tahu aku tak layak untuk memperolehi mumtaz tapi aku mohon padaMu ya Rabb, bantulah hambaMu ini.  Mudahkanlah urusanku ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan, kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan. Segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Tiada yang mudah, melainkan Engkau jadikan ianya mudah. Dan tiada yang susah melainkan Engkau jadikan ianya susah. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Tuhan yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.
Amin.

No comments:

Daisypath Friendship tickers