Friday, January 13, 2012

It's a wrap for Sem 5! :)

Assalamualaikum wbt.

Saya sudah selamat sampai di kediaman Abang Bet. Semalam solat waktu KB, Hari ini solat waktu KL, Esok insyaAllah solat waktu sabah! Alhamdulillah~ I'm coming HOME lalalaalaaa~ tiada perasaan yang lebih bahagia selain dari pulang ke tempat orang tersayang :DD 

And what makes it so perfectly is that I have new niece that's waiting for me!! Congrates Kak Ina & Abang azman for their fourth child!

Baby Aisyah Elysa... 
Auntie yoyot can't wait to peluk.dukung.cubit.cium baby aisyah!

And what makes me so touched is that they willing to postpone the aqiqah and wait till i'm back home. Terharu dengan family sendiri. Lolot sayaaaang korang sangat2x! :')

Selesai sudah semester 5. Ada tinggal 5 sem lagi. Agak-agak sempat tak naikkan pointer ke 1st class degree?    Nothing is impossible tapi kan, rasa diri ni tak mampu je dapat DL sem ni sebab saya jawab soalan final macam FAECES! serius. Satu pun tak confident. Main jawab je. goreng2. steam2. Masak 3 rasa. >,<

Veterinary Medicine 1 
Tahu tak saya yakin jawab soalan pertama je pasal diarrhea. Yang lain saya jawab ikut my 'existing' knowledge which is sangatlah cetek kan. haih. Bila tengok soalan kelima pasal musculoskeletal disease, terbayang-bayang seekor lembu & recall sedaya upaya apa yang belajar dalam kelas. Which got nothing to do with the question at all! Double Hi-5 kat muka T_T

Anaesthesiology 
Ini lah subjek paling lemah saya semester ni. Belajar senang tapi jawab periksa sangatlah susah. Nasib baik malam sebelum exam tu ada Asma, pammie, Intan, shud recall back and discuss about the topics. Dan malam sebelum tu juga saya dengan tak rasa bersalahnya pergi Dinnner Menggarap Amanah meraikan Mantan VC & juga VC yang sekarang ni. Dan result saya pun saya dah tahu. B+ Sikit lagi tak dapat B+ tahu tak?? Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. 

Clinical Microbiology
Alhamdulillah saya dapat jawab tapi tak semua. Ya Allah, yang maha pemurah lagi penyanyang. Tolong berikan hambaMu ini A solid. Subjek ni 4 jam kredit. Memang pointer spoiler lah kalau tak score. T_T

Surgery 1
Alhamdulillah saya dapat jawab tapi rupanya saya salah baca soalan. soalan nak external suture, saya punya yakin pergi bagi internal suture!! nak tampar 1000000 kali je diri ni. Memang frust lah. Habis 10 markah saya. Sedihhhhhh T_T

Mandarin 3
Alhamdulillah saya dapat jawab. Tahun ini saya lupa perkataan 'Mesin fotostat' & 'fotostat'. Rasanya banyak lagi lah saya lupa. :S Lepas ni dah tak ambil Mandarin dah. Semoga  apa yang saya belajar selama ni saya praktikkan dengan sebaik boleh. Amin. 

Pathology 1
Paper last selalu kesian. kenapa? Sebab masa ni saya tak rasa nak ambil exam dah. Saya nak pulang! pulang! pulang! Study pun tak masuk tahu tak?? Malam tu baru saya gelabah, STRESSSS teramat. Dahi kerut sampai kening pun nak tercantum. Sangatlah menyeksakan. I'm repeating 'Ya Allah, ingatkanlah aku' Hundreds! Esoknya. ya saya struggle untuk jawab soalan2 patho. To be honest, patho paling susah sekali saya nak jawab. Soalan ni agak senang tapi tak cukup ilmu kan.

Sekarang ni hanya mampu berdoa & bertawakkal pada Allah. La hawla wallta quwatta illa billah. Berharap sangat-sangat moga Allah lembutkan hati pensyarah saya. Kalau rezeki dapat DL dan naikkan pointer, takkan kemana. InsyaAllah. Yang penting, bersyukur lah atas segala pemberian yang Allah beri. :)

P/S: hari isnin ni mula praktikal seminggu kat Sabah Animal Medical Centre. Doakan semoga saya & pammie dapat belajar sebanyak mungkin. :)

#DearSMEH : I dedicate some verse from the song 'terrified' for you. I can be all that you needed if you let me try... as if you'll let me huh.

No comments:

Daisypath Friendship tickers