Tuesday, February 15, 2011

Dari aku, untuk aku. Untuk kau memahami aku.

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong atau ego. Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Sifat pemarah wujud dalam hampir semua manusia. 

Kenapa kita mesti marah?

Jawapannya senang sebab masa itu kita hilang pertimbangan dan ikutkan iblis laknatullah. Kita lupa Allah S.W.T masa tu. Yang betulnya aku hilang pertimbangan sampai aku lupa Allah masa tu. Aku lupa pertolongan Allah tu sangat lah dekat. Aku campur adukkan amarah aku pada benda lain atas benda lain. Hasilnya? I lost myself. I let things get into myself again. 

Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair,
"Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".



Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Tapi aku lupa. Aku manusia biasa. Tolong ingatkan aku bila mana sesuatu itu terjadi, ianya ujian dari Allah. Aku ikutkan perasaan dan lepaskan amarah itu, maka dalam itu hakikatnya aku telah memarahi Allah sebenarnya. Astaghfirullahalazim. :(


Aku tak redha dengan ujian yang ditimpakan. Yang sebetulnya aku tak kuat. Tapi sekarang aku sedar, sedar dari kesilapan. Insyaallah perkara ini akan mematangkan aku dan buat aku kuat dari sebelumnya. Setiap benda yang ada di dunia ini, yang wujud dalam hidup kita adalah amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Contohnya, Batery handphone aku. Allah dah kurniakan aku rezeki 2 tahun lepas untuk membeli sebuah telefon bimbit N86. Lantas ditakdirkan 2 hari lepas bateri telefon aku dah hangkang, Allah dah ambil balik kemudahan yang Dia berikan pada aku untuk meggunakan telefon N86. Sekarang ni aku guna balik telefon Motorola daddyEsok lusa aku belilah bateri china yang murah. Kalau diizinkan Allah, aku dapat lah balik kesenangan dan kemudahan untuk gunakan telefon bimbit N86 aku tu dengan bantuan bateri china tu.


Kita mesti ubati hati kita. kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsu. Dalam konteks ni, aku mesti ubati hati aku. Buang rasa ketuanan dalam diri aku. Semua yang aku miliki di dunia ini milik Allah dan suatu hari nanti dia pasti akan tarik balik semua kesenangan yang aku miliki kecuali amal jariah yang aku buat selama aku hidup, ilmu yang bermanfaat aku sampaikan ketika aku hidup dan doa anak yang soleh/solehah yang insyaAllah aku miliki.

Setiap manusia ada kelemahan dalam diri mereka dan kelemahan yang memang terang tang tang sejak aku kecil lagi adalah sangat defensif. Yup, aku sangat defensif atas diri aku sendiri. Diakui oleh ibubapa aku, adik beradik, sepupu sepapat dan kawan yang rapat dengan aku. Dah berkali-kali mak ayah aku bagi nasihat but because of me still being defensive at that time, aku ignore je. Aku rasa aku je yang betul. Aku rasa ibubapa aku tak memahami.  kakak kakak aku tak memahami. From that moment, I stop turning to my parent and my sibling everytime I face some problems. Tapi usually what happens, after sometime, aku akan sendiri sedar akan perkara tu dan eventually akui kesilapan aku kalau aku rasa aku buat silap. Tengok! Ego lagi. -.-
Tapi after sometime lah.. semua kan ambil masa. Kehidupan ni bukan selalu macam iklan pos laju. Sedangkan pos laju pun cuma kawasan tertentu sahaja dijamin sampai esok. Kena pula aku tinggal kat Sabah. Agak2 seminggu juga lah kot. Itu pun bergantung dengan cuaca dan iklim laut china selatan. ok fine, melalut! Sila abaikan.

Berikut adalah antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :


a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
*Malu pada kawan-kawan yang kena tempias dan malu sangat pada Allah. HambaMu ini penuh 
kelemahan. T.T

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.



c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 
* Oi Si mulut murai dan mulut celupar aku, tolong diam boleh tak?

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
* Aku tak ingat langsung. Ikut sedap hati je. Aku tak sedar kalau ikut hati, ikut iblis. DONT LISTEN TO YOUR HEART!

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
* Mesti buruk kan? Dah lah masa tak marah pun buruk. Teringat kawan aku kata dia suka tengok aku senyum, bahagia katanya.Terima kasih buat kawan aku tu walaupun dia tak baca blog aku kot. Aku nak senyum je lah, tak perlu kata apa-apa.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
* Mesti amalkan ini, tapi apakan daya, waktu marah aje, mesti lupa semua perkara. T.T

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.



h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur. 
*Aku patut balik tidur je terus. Tapi masa tu masalah belum settle dan sekarang tak settle2 pun. Aku patut tidur je.

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.


Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, keegoan akan berkurangan. 


Tetapi apa yang berlaku?
Apabila naik marah, aku yang bersandar kan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.


Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar,tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir.Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang,ketika itu pertimbangan hilang,akal tertutup,fikir tersentak,angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas..

Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram..
maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.


P/S: Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua.
he, who teaches us to be kind to anyone even if they harm us 
he, who teaches us to speak the truth even if it is against us 
he, who teaches us to keep relation even with the people who cut us off. 
he is the teacher of all the teachers 
*Repost from Khaireah :)

Peringatan untuk diri sendiri, Pernahkah kau nangis sebab Rasulullah? Banyakkan selawat!

No comments:

Daisypath Friendship tickers